“This Year Hari Jadi Paling Sayu, Anak Cucu Tak Dapat Berkumpul,” – Bapa Genap 82 Tahun, Coretan Awal Ashaari Buat Ramai Faham Situasi

Share

Hos dan pelakon, Awal Ashaari  berkongsi video serta foto bapanya, Hj Ashaari Hj Ahmad yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-82, baru-baru ini di Instagram.

Meski akur kerana tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran bapa gara-gara situasi pandemik semasa Covid-19, namun pengacara Melodi setia sentiasa mendoakan yang terbaik buat bapa tercinta.

“Happy 82nd Birthday Abah! This year harijadi yang paling sayu, anak cucu tak dapat berkumpul, makan makan macam celebrate birthday Atuk macam selalu.

“Tapi kami tetap doakan Abah dipanjangkan umur, untuk bersama sama go through this challenging time, so that we can be together macam dulu dulu.

“Walaupun Abah dah ada complete vaksin, tapi Abah tetap kena kurung kat rumah sebab negara kita belum menang Bah,” coret Awal.

Bapa kepada dua cahaya mata ini pada masa sama turut mendedahkan bapanya gembira kerana menerima beberapa ulas durian sebagai ‘kek’ hari jadi.

“We love you Abah.. Abah kata dia sangat happy dapat semangkuk durian @dooran.dooran.co instead of cake this year. Abah saya hantu durian.

“Kalau ada rezeki, umur panjang, tahun depan kita celebrate kat Dusun Durian ok Abah? We love you Hj Ashaari Bin Hj Ahmad,” tulisnya lagi.

Lalu, ruangan komen pada entri tersebut turut dipenuhi dengan ucapan peminat yang memberi dedikasi serta doa moga-moga bapanya terus dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.

Malah tak kurang yang berkongsikan pengalaman, seterusnya berdoa agar fasa ini segera berakhir.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

IKLAN