Uncategorized

“This Kid Is Future,”- Caprice Hadiah Budak Genius Laptop Canggih, Beri Amaran Kepada Pembuli

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kebolehan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Thaqif mencipta permainaan videonya sendiri.

Pecapaian hebat itu telah menarik perhatian banyak nama besar seperti Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan usahawan, Caprice.

Apa yang menariknya, Caprice telah membuat kejutan dengan menghadiahkan Thaqif sebuah komputer riba canggih untk mengembangkan lagi bakatnya.

“I had the honor to meet this young man and his mother. This kid is the future. We have to empower more kids like him. Give them all the tools to create, innovate, and learn.

“Activate their dreams and aspirations. I believe there are many more out there. We cannot fail them. To fail the youth, will jeopardize our country’s future. Love and God bless.

“P.S- siapa-siapa yang bully Thaqif kat sekolah, abang sendiri akan sampai belanje semua milo ais,” tuisnya.

Tambah Caprice, anak-anak genius ini tidak patut dipersiakan kerana mereka merupakan aset bernilai untuk negara.

Di ruangan komen, rata-rata memuji usaha murni yang ditunjukkan oleh Caprice demi melahirkan lebih ramai kanak-kanak genius yang cintakan teknologi seperti Thaqif.

Wah, bertuahnya adik Thaqif ni! Selepas mendapat pujian daripada YB Syed Saddiq, kini dapat pula hadiah komputer riba canggih daripada Caprice.

Apa-apa pun, semoga berjaya diucapkan kepada adik Thaqif.

Foto: Instagram Thaqif

IKLAN