Semalam, sebuah pesawat Lion Air, JT610 dilaporkan terhempas di perairian Tanjung Karawang, Indonesia yang difahamkan telah mengorbankan 189 nyawa, termasuk kru penerbangan.

Sejak itu, trending di media sosial #JT610 serta #LionAir menyaksikan ribuan orang menitipkan doa buat mangsa-mangsa nahas tersebut.

Bagaimanapun, satu video saat pengumuman pesawat tersebut terhempas diumumkan kepada ahli keluarga mangsa mendapat perhatian di Twitter.

Dalam video berdurasi 39 saat itu menunjukkan saat sayu ahli keluarga mangsa harus menerima bahawa orang tersayang mereka sudah meninggal dunia.

IKLAN

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut bersedih dan merasa sayu saat menonton video tersebut malah ada juga yang merasakan bahawa video tersebut tidak wajar dipertontonkan kepada umum.

“This Is Breaking My Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Lion Air Terhempas Trending, Sentuh Hati Ramai “This Is Breaking My Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Lion Air Terhempas Trending, Sentuh Hati Ramai “This Is Breaking My Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Lion Air Terhempas Trending, Sentuh Hati Ramai

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

IKLAN

Dilaporkan, pesawat telah dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin iaitu, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

IKLAN

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Setakat ini, media melaporkan sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Foto/Twitter: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI