Penggusti yang kini sukses bergelar pelakon, Dwayne Johnson mengakui dia pernah berhadapan dengan kemelut depresi melampau ketika usianya berusia 15 tahun. Katanya kepada media antarabangsa, bintang itu berjuang melawan tekanan diri selepas menyaksikan ibunya pernah melakukaan cubaan bunuh diri.

Menyifatkan situasi yang berlaku merupakan antara titik hitam yang pernah terjadi di dalam hidupnya, Dwayne pada ketika itu tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain menangis sepanjang masa.

Mengimbas kembali apa yang berlaku di sebalik kejadian itu, pelakon filem Jumanji itu memberitahu semuanya bermula apabila dia bersama keluarga diusir keluar daripada flat yang didiami. Lebih menyakitkan, Dwayne yang sinonim dengan panggilan The Rock itu pada masa sama sedang mengejar impian untuk menjadi pemain American Football.

IKLAN

The Rock Pernah Alami Depresi Melampau Apabila Saksikan Cubaan Ibu Ragut Nyawa Sendiri

“Rasanya kita semua pernah berhadapan dengan tekanan, cuma mungkin tahapnya saja yang berbeza. Kini kami sudah pulih dari tekanan dan saya perlu melakukan yang terbaik buat orang lain yang turut menghadapi masalah sama,” katanya.

Pada masa sama, aktor berusia 45 tahun itu turut mendedahkan, mereka yang alami depresi sebenarnya tidak bersedirian. Sebaliknya, perlu mendapatkan bantuan daripada sekeliling. Kena berjuang dan tidak mudah menyerah.

IKLAN

The Rock Pernah Alami Depresi Melampau Apabila Saksikan Cubaan Ibu Ragut Nyawa Sendiri

IKLAN

Dalam perkembangan lain, pelakon betubuh sasa ini akan muncul menerusi sebuah filem aksi, Rampage bulan ini. Selainnya, filem arahan Brad Payton ini turut dibarisi pelakon lain seperti Naomie Harris, Malin Akerman, Joe Manganiello dan ramai lagi.

Tahun hadapan, Dwyane juga bakal muncul menerusi sebuah filem super hero yang ditunggu ramai, Shazam!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI