Selepas Dolla kini muncul lagi satu ‘girl group’ baharu yang pastinya memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

Menggelarkan diri mereka The Gadys, grup dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini ini muncul dengan single pengenalan iaitu single raya yang diberi judul Gadys Raya.

Biarpun pembabitan mereka dalam dunia nyanyian masih terlalu ‘hijau’, namun The Gadys berjaya mengumpul 1.6 juta tanda suka di akaun aplikasi TikTok mereka.

Berkongsi mengenai Gadys Raya, lagu ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim itu berkisar pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, kerinduan The Gadys bakal terubat tahun ini setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik. Keseronokan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul bersama sanak saudara, memasak juadah dan membuat persiapan raya bersama-sama keluarga tercinta semuanya diabadikan menerusi lagu Gadys Raya.

The Gadys Tampilkan ‘Gadys Raya’, Balas Dendam 2 Tahun Tak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri!

IKLAN

The Gadys Tampilkan ‘Gadys Raya’, Balas Dendam 2 Tahun Tak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri!

Menurut Faa yang juga bekas juara program The Next My Star, single tersebut penuh dengan kasih sayang dan tenaga.

“Vibes lagu itu sangat ceria, sesuai dengan sifat anggota The Gadys,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota The Gadys, Aznie berkata, lagu raya mereka menceritakan suasana hari raya yang diraikan bersama.

IKLAN

The Gadys Tampilkan ‘Gadys Raya’, Balas Dendam 2 Tahun Tak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri!

The Gadys Tampilkan ‘Gadys Raya’, Balas Dendam 2 Tahun Tak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri!

“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu itu yang menceritakan bagaimana penat lelah membakar lemang, memakai pakaian raya yang baru, menikmati juadah di pagi raya bersama-sama, kami sebenarnya menyampaikan mesej agar jangan mengenang barang atau perkara yang sudah lepas.

“Proses rakaman untuk lagu ini sangat berbeza kerana penerbit mementingkan karakter setiap seorang daripada kami.

IKLAN

“Dengan adanya karakter, proses rakaman menjadi lebih seronok. Kami akui sangat ‘enjoy’ sepanjang proses rakaman, tenaga kru juga sangat terbuka dengan idea daripada kami.

“Jadi ia dapat menonjolkan setiap karakter anggota The Gadys,” kata Aznie mewakili rakan-rakannya yang lain.

Gadys Raya yang dicipta oleh Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram The Gadys

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI