“The Day You Die, He’s Gonna Pull Out All Your Shits,”- Tiada Kamera Secanggih Mata Tuhan, Nasihat Caprice Sentuh Hati Netizen

Share

Kebelakangan ini, video salah laku melibatkan para selebriti kini tular di seluruh platform media sosial.

Perkara tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.

Katanya, kamera yang paling menakutkan sebenarnya bukanlah yang ada disekeliling kita tetapi manusia sepatutnya takut akan kuasa tuhan yang maha melihat.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Caprice menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“The scariest camera is not the camera that is around you. It’s not the Iphone, Oppo, Huawei or even the Samsung phone that has three camera.

“The most dangerous camera is the one upstairs. The god camera cause the day you die, He’s gonna pull out all your shits. And that is the most dangerous camera that you guys should worried about,” katanya.

Video tersebut telah mendapat lebih 150,000 jumlah tontonan setakat ini malah turut dihujani komen pelbagai daripada netizen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan ada juga yang tersentuh dengan perkongsian Caprice itu.

Benarlah apa yang diperkatakan Caprice itu, jika kita percaya bahawa tuhan mempunyai kuasa untuk melihat segalanya, nescaya kita akan terhindar daripada segala kemungkaran.

 

IKLAN