Categories: Berita

“The Beatles Terinspirasi Band Indonesia,” – Youtuber Indonesia ‘Claim’ The Beatles Idolakan Band “The Tielman Brothers”?

Share

Tular di laman sosial sebuah video memaparkan Youtuber Indonesia, Nadia Omara mengulas akan persamaan antara band lagenda, The Beatles dan band Indonesia The Tielman Brothers.

Menurut wanita ini, The Tielman Brothers merupakan satu-satunya band dari Indonesia yang berjaya memecah ruang ke peringkat antarabangsa pada tahun 1950-an.

“Malah mereka juga band pertama yang melancarkan single rock and roll atau dikenali sebagai Indorock di Belanda dan menjadi sangat terkenal di Eropah.

Jelasnya lagi, muzik ini telah menyatukan industri muzik Indonesia dan Barat yang berakar daripada muzik keroncong.

Malah anggota The Beatles, John Lennon dan Paul Mccartney sempat hadir menyaksikan persembahan hebat band ini ketika di Jerman dan terdapat sebuah foto yang membuktikannya. Pada waktu itu, The Beatles masih lagi sebuah band yang beraksi di kafe.

Paul juga dikatakan terinspirasi daripada bass violin Hofner yang digunakan The Tielman Brothers dan menggunakannya sepanjang kerjaya bersama The Beatles.

Walau bagaimanapun, harus diakui The Tielman Brothers terlebih dahulu menguasai industri muzik dunia sekitar tahun 1950-an.

Foto : Youtube Nadia Omara

IKLAN