“That Voice Is Amazingly Beautiful,” – Shooting Babak Menyanyi, Ramai Terpukau Dengan Suara ‘Rock’ Tiz Zaqyah

Share

Umum mengetahui, pelakon, Tiz Zaqyah sememangnya mempunyai berbakat di dalam dunia lakonan tanah air.

Masakan tidak, kebanyakkan karya-karya lakonannya juga sering kali meningkalkan kesan yang mendalam di hati para penonton khususnya.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Tiz dilihat ada berkongsi beberapa klip video memaparkan dirinya sedang melakonkan sebuah babak yang memerlukan dirinya untuk menyanyi bersama band iringan.

Video tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak yang terpukau dengan keunikan suara  Tiz sewaktu menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta nyayian asal kumpulan Iklim.

Jelas Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, video tersebut dirakam oleh pelakon senior, Umie Aida sewaktu mereka menjalani sesi pengambaran bersama bagi drama terbaru berjudul Covid Oh Covid.

“Semalam punya cerita. Geram pulak tengok mic tu. Walaupun suara masih tengah recover. Kau degil Tizzy. Sampai bila nak sihat suara tu.

“Tapi apapun had fun semalam at shoot untuk scene ni. Bukan curi mic je, curi Instagram story kak @umieaida9 jugak. thank you tok wan #covidohcovid  #tizzydahberaninyanyisikitsikit…Sorry,” tulisnya.

Katanya lagi, meskipun suaranya tidak berada dalam keadaan yang baik, Tiz tetap meluahkan rasa seronok untuk melakonkan babak tersebut.

Dalam pada itu, Tiz turut dilihat sempat memberikan penghormatan buat vokalis kumpulan Iklam iaitu Allahyarham Saleem.

Menurut Tiz, sejak daripada kecil lagi, dia amat meminati suara dan cara nyanyian yang dimiliki oeh penyanyi senior itu.

“And also…Al-fatihah kepada penyanyi asalnya, Allahyarham Saleem Tizzy sayang sangat Saleem dari kecik,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat terpendam yang dimiliki oleh Tiz selain turut berharap agar satu hari Tiz menyanyikan lagu cover buat tatapan para peminat.

Terdahulu, Covid Oh Covid merupakan drama terbaru yang akan disiarkan di slot Lestari TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula jam 9.00 malam.

Selain Tiz, drama ini turut dibintangi Umie Aida, Nora Danish, Adibah Noor dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Tiz Zaqyah

IKLAN