Categories: Berita

“Thanks To Zizan Razak And…,” – Beberapa Hari Terkandas, Neelofa Bakal Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Haji

Share

Selepas beberapa hari terkandas, Neelofa yang mengalami kekangan Visa akhirnya berjaya berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.

Difahamkan, usahawan dan hos program MeleTOP itu ada memuat naik status mengenai permasalahan yang dialami.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut yang dimuat naik menerusi Insta Stories telah pun dipadamkan.

Yang tinggal hanyalah foto yang memaparkan koleksi jenamanya sendiri, Lofa Brand yang dirakamkan awal.

Namun, beberapa jam lalu, Neelofa ada memaklumkan masalah yang dihadapi sudah pun selesai atas bantuan beberapa pihak, termasuk Zizan Razak.

Pada masa sama, bintang asal Kelantan ini turut menasihati bakal jemaah supaya lebih berhati-hati menjalankan urusan dengan agensi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Difahamkan, Neelofa sepatutnya berangkat ke Jeddah 4 Ogos lalu. Syukur, semuanya sudah pun dipermudahkan. Semoga mendapat haji mabrur.

Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah dua adik lelakinya.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN