“Thank You My Love…,” – Terima Jambangan Bunga, Peminat Speku Zarina Anjoulie Sudah Berbaik Dengan Bekas Suami?

Share

Pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, kelihatan Zarina menerima satu jambangan bunga istimewa daripada seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

“Thank u my ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

…… Z❤️Y ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️,” tulis Zarina.

Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat yang masing-masing telah meninggalkan reaksi terhadap posting tersebut.

Ada yang menbayangkan, ia pemberian  bekas suami, Eilyas Azhar gara-gara kapsyen abjad yang ditulisnya.

Di samping itu, peminat mendoakan agar Zarina kembali menjalinkan hubungan baik bersama lelaki tersebut.

Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.

Bagaimanapun, Zarina memaklumkan telah berpisah dengan Eilyas pada penghujung Januari lalu.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

IKLAN