“Thank You For Sharing Your Beautiful Heart & Soul With Me,” – Himpun Video Rakan Artis, Bersemut Cara Uyaina Arsyad Rai Bday Raja Syahiran

Share

Tanggal 22 Julai sememangnya merupakan tarikh paling bermakna buat penyanyi rap, Raja Syahiran yang kini telah pun genap 28 tahun usianya.

Bersempena dengan hari istimewa tersebut, pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad telah pun menitipkan sebuah ucapan khas buat teman lelakinya itu.

Menurut Uyaina, dia berasa amat bertuah kerana telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mempunyai hati nurani yang sangat baik bukan sahaja terhadap dirinya tetapi juga buat orang-orang di sekelilingnya.

“Happy Happy Birthday to you! Thank you for sharing your beautiful heart and soul with me, and everyone around you

“Semoga Allah sentiasa melindungi & menyayangi you. Thank you guysss for helping me out with this! @naddysushi @epuleusoff @ezzat.eddy @rajaariefdanial @nstxain @nazreemmusa @daiyantrisha @azfarheri @aydajebat @nabilmahir I owe you guys!

“Buat korang yang baca post ni, tolong wish Happy Birthday dan doa yang baik-baik untuk Syahiran please,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Love, Elsa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Uyaina turut dilihat telah pun menghimpunkan video-video ucapan daripada rakan-rakan selebriti serta Instafamous yang juga merupakan sabahat baik kepada Syahiran.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha romantik tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Uyaina dan Syahiran untuk ke fasa seterusnya akan sentiasa dipermudahkan.

“Suweetnya. Happy birthday Adik Syahiran. Semoga impian cepat-cepat jadi kenyataan.

“Happy birthday Raja Syahiran bakal suami kepada Uyaina Arsyad. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sihat selalu dan ceria selalu.

“Happy birthday buat lelaki kiriman tuhan buat Uyaina.

“Happy birthday Syahiran semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Cepat-cepat kahwin. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Uyaina sebenarnya telah pun dirisik oleh keluarga teman lelakinya itu pada November tahun lalu.

Bibit-bibit percintaan pasangan ini mula jelas kelihatan sewaktu mereka menghadiri majlis resepsi rakan artis Mira Filzah dan Wan Emir Astar secara berpasangan.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Uyaina Arsyad

IKLAN