“Thank You For Making Me Come And Not Giving Me Any Award,” – Naim Daniel Luah Rasa, Netizen Kata Benda Boleh Kalah, Buat Apa Nak Menang?

Share

Baru sahaja berlangsung Anugerah Meletop Ahad lalu yang menyaksikan  Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.

Namun lain pula dengan Naim Daniel yang memuat naik kapsyen sensasi sehingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen.

Thank you @meletop for making me come and not giving me any award.”

Benda boleh serious buat apa nak gurau.”

Kapsyen gurauannya membuatkan netizen turut sama ‘tambah garam’ dan menyatakan, ‘benda boleh kalah, buat apa nak menang.”

Malah ada yang menyarankan agar dia lebih berusaha sementelah lagu Sumpah baru sahaja dilancarkan.

Fotonya yang memegang air mineral turut menjadi perbualan. Ulas netizen, “hari ni pegang mineral bottle tahun depan pegang award pulak.”

Apa-apa pun tahniah buat semua pemenang, Yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan.

Foto – Naim Daniel

IKLAN