“Thank You Baby, I Love You Lah,” – Dapat Hadiah Istimewa Dari Kekasih, Peminat Harap Atikah Suhaime Segera Berkahwin

Share

Pelakon jelita, Atikah Suhaime dilihat ada menerima hadiah berupa jambangan bunga serta cokelat istimewa daripada kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Hadiah tersebut dikongsikan Atikah di Instagram buat tatapan umum, hari ini.

Di samping berkongsi foto bersama kekasihnya, aktres berusia 29 tahun ini ada meluahkan rasa gembira dan terharunya.

“Tak tau kenapa, kat instagram semua ada bunga hari ni. I pun dapat bungalah.

“Thank you babyyyy. I love you lah. Hehehe,” tulisnya.

Serentak dengan itu, perkongsian pelakon kelahiran kota Singapura ini menjadi perhatian peminat.

Lalu, rata-rata peminat mendoakan agar Atikah segera berkahwin dan menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Komen

Komen

K

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime memaklumkan telah menjalinkan hubungan percintaan bersama Lokman sekitar Februari tahun lalu.

Foto: Instagram Atikah Suhaime

IKLAN