“Thank You Ajak Kerana Telah Menceriakan Pagi Kami Selama Ni..”- Dedikasi Buat Ajak Di Hari Terakhir Bergelar Penyampai Radio

Share

Penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro atau lebih gemar dikenali sebagai Ajak sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak lagi mahu menjadi penyampai radio di Hot FM pada pertengahan Januari yang lalu. 

Terbaru Ajak telah memuat naik beberapa keeping gambar dan video di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi moment hari terakhir berada di konti radio. 

“Sahabat tu beza dengan kawan, dan mereka ini sahabat Baba.. Last day Baba dengan GPH…Terus support diorang ye guys. @shuk_hotfm @fizie_hotfm .#gengpagihot #salamdarikonti #lastday#sayaajakdansayatidaksombong”tulisnya.

Malah Ajak juga turut meluahkan rasa berterima kasih kepada rakan penyampai radio yang lain seperti Syuk dan Fizie kerana sentiasa membantu dan menyokong Ajak sepanjang bergelar sebagai rakan penyampai radio.

“1hour left #gengpagihot”tulisnya.

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih apabila memandangkan hari ini merupakan hari yang terakhir Ajak bergelar sebagai penyampai radio. 

Kepada Ajak, MH mendoakan supaya Ajak sentiasa sukses dan berjaya. 

Foto dan Video : Instagram Ajak Shiro

IKLAN