“Thank Love,” Balas Hael Husaini Pada Satu Komen Nabila Razali Di IG. Ada Motif Cinta Atau…?

Share

Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali berkongsi video nyanyian padu rakan baiknya, Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah untuk lagu Haram di Semi Final Muzik Muzik 33 semalam.

“It’s so beautiful,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, Hael membalas komen Nabila itu dengan memanggil penyanyi lagu Pematah Hati itu ‘love’.

“Thank love,” balasnya.

Ternyata, mata peminat pantas menangkap komen mereka dan mengatakan kedua-duanya sangat ‘sweet’.

Sebelum ini, hubungan akrab antara Nabila dan Hael sudah lama dihidu peminat namun kedua-duanya lebih selesa mengatakan mereka hanya berkawan baik.

Malah Hael juga pernah mengakui bahawa hubungannya dengan Nabila adalah istimewa namun bukan dari sudut percintaan. Apa-apapun, kalau ada jodoh antara mereka, adalah tu kan? Doa yang baik-baik aja.

Foto/Instagram: Nabila Razali/ Hael Husaini

IKLAN