Deman bola sepak yang kini kian menular baru-baru ini menyebabkan ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia yang mendapat tempat ke separuh akhir sukan Sea 2017 Ke-29 dengan menundukkan Myanmmar 3-1 semalam, menjadikan kemenangan ketiga berturut-turut tanpa sebarang kekalahan selepas menewaskan Brunei 2-1 dan Singapura 2-1.

Sekaligus, menyamai sembilan mata dimiliki Myanmar, dengan skuad negara yang mempunyai baki satu perlawanan menentang Laos.

Pujian diberikan kepada N.Thanabalan yang beraksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol untuk membantu skuad bola sepak B-22 negara menumbangkan pesaing terkuatnya, Myanmar, 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B.

Nampaknya, Tiga perubahan yang dibuat Datuk Ong Kim Swee dalam barisan kesebelasan utama semalam termasuk menyenaraikan penyerang N.Thanabalan ternyata membuahkan hasil selepas pemain Felcra FC itu cemerlang beraksi menjaringkan dua gol untuk memastikan Malaysia mengutip tiga mata berharga.

IKLAN

Kini, nama Thanabalan menjadi sebutan oleh kerana kehebatannya yang sering memberikan aksi yang terbaik untuk negara Malaysia.Tahniah Thanabalan!

Dibantu dengan sorakan lebih daripada lebih 65 ribu penyokong, Thanabalan tampil menjadi hero memberi persembahan memecah kebuntuan gol pada minit ke-33.

IKLAN

Dalam hanya beberapa minit, skuad negara menambah satu lagi gol apabila Safawi Rasid meledak gol kedua Malaysia selepas menyempurnakan hantaran S Kumaahran.

N Thanabalan sekali lagi menceriakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya apabila menampan masuk bola sepakan Matthew Davies pada minit ke-82 memberi kemenangan selesa bagi Malaysia.

IKLAN

Kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia selepas ini akan menghadapi Laos dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Rabu, sebelum beraksi dalam peringkat separuh akhir Sabtu ini.

Mh mengucapkan Syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia. Anda semua kebanggaan Malaysia!

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI