“Tetiba My Wife Tunjuk Test Kit And Cakap ‘Sayang I Positive!’,” – Cik Yam Bakal Dapat Adik, Fizo Omar Syukuri Rezeki Zuriat

Share

Selepas isterinya, Fazeera Nazri mengumumkan mengenai kehamilannya, kini giliran pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi berita gembira itu kepada peminat.

Menerusi Instagram hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mendedahkan Fazeera disahkan hamil selepas sebulan mereka mendirikan rumah tangga

Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun ini tidak mendedahkan usia kehamilan isterinya itu.

“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah! Muka abe joe terkejut + terkedu + super excited.

“Ye la baru sebulan kahwin tetibe my wife tunjuk test kit tu and cakap ‘sayang i positive!’. Positive ape ni sayang?

“Syukur Ya Allah rezeki 2022 ni datang back to back dengan izinMU ya Allah.

“Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah, akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Ameen,” tulisnya.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, Fizo pernah berkahwin bersama usahawan Mawar Karim pada tahun 2013 sebelum bercerai Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam, 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Foto: Instagram Fizo Omar

IKLAN