Sebuah video viral kini yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya menjalani beberapa pembedahan plastik bagi mengubah penampilan dirinya.

Cukup mengagumkan, MH rasa individu berkenaan dah berubah jadi macam lelaki Korea!

Menurut laporan Workpoint Entertainment, Noppajit Monlin, 22 tahun, seorang pekerja kilang telah dipilih menyertai rancangan TV popular ‘Let Me In Thailand’ yang menawarkan ‘makeover’ menerusi pembedahan plastik di Korea Selatan.

Tetap Setia Walaupun Sudah Jadi ‘Elok’!

Sebelum ini, Noppajit mengakui menderita akibat mempunyai rahang senget sekali gus membuatkan dia mengalami masalah untuk mengunyah.

Lebih menyedihkan, dia sering dipulaukan rakan sekerja disebabkan penampilannya dan menyebabkan dia sering makan sendirian ketika waktu rehat.

IKLAN

Namun, segalanya berubah apabila dia menyertai rancangan popular tersebut. Noppajit menjalani pembedahan pada rahang, dahi, kelopak mata dan suntikan botox ke kelenjar liurnya serta rawatan kulit untuk menghilangkan parut.

Selepas beberapa bulan menunggu masa untuk pulih dari rawatan, dia membuat keputusan untuk bertemu ibunya buat pertama kali di restoren kegemaran dia dan ibunya.

Namun, ibunya tidak dapat mengenali Noppajit walaupun anaknya duduk di meja berhadapan dengannya.

IKLAN

Apabila ditegur oleh Noppajit, ibunya menangis kerana tidak percaya bahawa itu adalah anaknya sehinggalah dia melihat parut pada tangan anaknya itu.

Tetap Setia Walaupun Sudah Jadi ‘Elok’!

Walaupun kini dia mempunyai wajah yang tampan, namun, hatinya tidak berubah buat teman wanita transgendernya, Tob yang dikenali di laman sosial, Facebook.

IKLAN

Tetap Setia Walaupun Sudah Jadi ‘Elok’!

Katanya lagi walaupun memiliki kehidupan baharu, hatinya tetap sama seperti tiga tahun lalu.

Sumber : Workpoint Entertainment

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI