“Tetap Sayang Mummy Walau Tak Ada Duit,” – Ucapan Spontan Anak Nabila Huda Sempena Bday Ke-35!

Share

Terharu dengan ucapan istimewa dari anak sulungnya, pelakon Nabila Huda berasa sebak dengan ucapan yang disampaikan Keisha Laila sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35, semalam.

Secara spontan dan bersahaja, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu memberikan ucapan kepada ibunya dan mendoakan agar ibunya dipanjangkan umur. 

 “Dear mummy, happy birthday to the best mummy ever. Thank you for all the supported from I baby till now. 

“No matter how old are you and don’t have money, I still love you so much,”katanya penuh perasaan. 

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut menitip ucapan hari jadi kepada Pelakon Wanita Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini.

Terdahulu, Nabila dan Mohd Izwan bernikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia sembilan tahun.

 Foto : Instagram Nabila Huda

IKLAN