“Tetap Menang Di Hati Kami,” – Kandas Di GV7, Liza Hanim Tetap Bangga Pencapaian Indigo

Share

Menerusi InstaStories milik penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa bangga terhadap kumpulan Indigo yang telah tersingkir pada minggu keempat program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Liza merupakan isteri kepada Shahrin Samsudin yang juga merupakan anggota kepada kumpulan Indigo itu tetap memuji pencapaian trio berkenaan meski tersingkir awal.

Liza berpendapat kumpulan Indigo telah memberikan persembahan yang terbaik.

“Tetap menang di hati kami you did the best @indigo_official2020 @shahrinsamsudin @nizam_arboristree @bob_indigo_official,” tulisnya.

Selain Indingo, kumpulan Eva juga turut diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu yang bertemakan ‘Lagu Berhantu’ itu, pada Ahad.

GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.

Foto: Instagram Liza Hanim

IKLAN