Perkongsian daripada bintang versatil, Elly Mazlein di Instagram ‘memancing’ perhatian wargamaya baru-baru ini.
Ia susukan gambar peluk mesra yang dimuat naik pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (G 9) ini bersama suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang sinonim disapa Cikgu Azlan.
“Somi (suami), love you Papa,” tulis Elly menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan, Elly berada di Singapura bagi menghadiri sebuah acara yang turut ditemani suami dan anaknya.
Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mendakwa jualan produk hasilan mereka terjejas dan turun sehingga 60 peratus susulan terkait isu melibatkan foto yang dimuat naik di hadapan pejabat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sekaligus menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.
Zira telah memuat sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir pada 4 Oktober lalu di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk.
Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka membalas dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk keluaran mereka.
Selain jualan terjejas, isu itu menurut Zirra turut memberi kesan kepada emosinya.
“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini, bermula kontroversi hangat diperkatakan sehingga kini, jualan yang selalunya boleh mencecah jutaan ringgit tidak lagi berlaku.
“Selain itu, saya menerima segala kecaman netizen serta mesej ugutan. Paling teruk, ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” kata Zirra.
Susulan itu, jenama berkenaan mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi kesan buruk terhadap bisnes yang dijalankan.
Menurut peguam mewakili mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.
“Komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan pihak kami sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, ejen serta pengguna terhadap jenama ini.
“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi jenama ini ada agenda tersembunyi dan ia tidak boleh dipercayai,” jelasnya.
Nazuha menambah, pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan.
Ia berhubung dengan situasi pihak peguam yang mewakili institut itu masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.
“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi.
Zirra dalam pada itu berkata, isu berkenaan turut memberi kesan terhadap ejen dan stokis.
“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua ejen serta stokis jika isu-isu yang melanda ini memberi impak negatif kepada mereka.
“Sepanjang tempoh isu ini mula tular, kami tidak membuat sebarang kenyataan kerana ingin menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
“Pada saya, ejen dan stokis inilah tulang belakang kepada kekuatan Skin Dessert selama ini. Tanpa mereka, belum tentu kami dapat mencapai sasaran jualan yang memberangsangkan dan mampu memberi semula imbuhan kepada mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada jam 3.27 petang waktu tempatan, Khamis.
Pele atau nama sebenar, Edson Arantes do Nascimento meninggal dunia akibat penyakit kanser kolon yang dihidapinya sejak tahun lalu.
“Mendiang meninggal dunia disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat daripada penularan kanser kolon yang dikaitkan dengan situasi perubatannya sebelum ini,” kata kenyataan media yang dikeluarkan.
Pele telah menjalani rawatan kemoterapi sejak menjalani pembedahan mengeluarkan tumor pada September 2021.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, sakit lutut serta buah pinggang.
Sepanjang kerjayanya, Pele dianggap antara salah seorang pemain ‘Greatest of all Time’ (GOAT) malah dia merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang berjaya menjulang tiga kali trofi kejuaraan Piala Dunia.
Berita pemergian Pele turut diratapi bintang bola sepak generasi kini seperti Lionel Messi dan Cristino Ronaldo yang turut memberikan dedikasi khas buat mendiang menerusi laman Instagram masing-masing.
“Bersemadi dengan tenang,” tulis Messi ringkas beserta mengepilkan gambarnya dengan pemain legenda itu.
“Takziah kepada keluarga Pele. Mendiang akan terus dikenang oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia. Semoga bersemadi dengan tenang,” tulis Ronaldo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam dunia ini setiap daripada kita dikatakan mempunyai tujuh orang memiliki wajah yang mirip dan hampir sama.
Mungkin pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sudah menemui salah seorang kembarnya yang dipercayai seorang pegawai tentera, yang mana mempunyai wajah saling tak tumpah seperti bapa kepada empat cahaya mata itu.
Malah, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 38, turut meminta mana-mana followers di Instagram miliknya yang mengenali jejaka tersebut agar memautkan (tag) posting Shuib kepada si empunya badan.
“Yeeeee macam sama, tapi bukan, salah salahhhhh.
“Ada yang kenal ke abang ni, tolong tag dia please… teringin nak jumpa,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Shuib turut meletakkan tanda pagar ‘#macam sama tapi bukan’ dan #tabik hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan perkongsian Shuib malah sempat mengusik penyampai radio Suria FM itu.
“Tuan! Awak diam-diam join Malbatt ek,” komen pelakon Hairul Azreen.
“Akhirnya kantoi juga Shuib… Aku dah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan orang dah dapat cam,” coret penyampai radio Suria FM, Ajak.
“Samaaaaa samaaa,” titip Fara Fauzana.
“Boleh buat cerita kembar atau adik-beradik ke,” komen pelakon Yasmin Hani.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Faizshaffee pula berkata, lelaki yang dicari Shuib itu merupakan sepupunya yang dikenali sebagai Khairul Anuar yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Ni sepupu saya, done claim,” tulisnya.
“Ni Tuan Khairul Anuar TLDM, pegawai cawangan latih Malbatt 9,” komen netizen @mr.herylee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!