Uncategorized

“Terus-Terang, Air Mata Jantan Masing-Masing Jatuh Sebab…,” – Pernah Minta Nak Tarik Diri Jadi Rakan Hos, Shahrol Shiro Cerita ‘Isunya’ Dengan Alif Satar

Share

Pelawak, Sharol Shiro ada berkongsi cerita apabila saat pertama kali berkenalan dengan penyanyi dan juga hos, Alif Satar.

Menurut Sharol, ketika pertama kali mereka digandingkan menerusi sebuah program, dia pada awalnya memutuskan untuk menarik diri kerana bimbang sukar untuk mendapatkan ‘chemistry’ bersama Alif.

“Saje nak bercerita, 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar.

“Kitorang digandingkan dalam sebuah program ‘Sukalattew’.

“Minggu pertama sebelum start program tu aku try la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih. Siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.

“Dalam hati ‘poyo gila mamat ni’. Ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni.

“Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab taknak partner ngan mamat ni. Rupanya dia pun sama, taknak partner dengan aku juga.

“Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam la ada pavillion kat kluang tu,” tulisnya.

Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Alif meleset selepas mereka dilihat semakin rapat hari demi hari.

“Bos dah pening kepala. Dia cakap try la sampai sebulan dulu. Pelan-pelan kenal satu sama lain. Aku pun setuju. Hadap je la dia berbual dan try kenal dia lebih rapat.

“Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama jer gila-gila dengan aku.

“Break masa reasal akan solat asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat,” kongsinya lagi.

Menurut anggota kumpulan lawak, Shiro itu lagi, insiden tersebut telah mengajarnya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran sebaliknya harus mengenal hati budi terlebih dahulu.

“Masa aku kahwin dia la pengapit aku. Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program ‘Sukalattew’. Terus terang air mata jantan masing2 jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada diatas pentas yang penuh kenangan bersama.

“2020 masing-masing dah berkeluarga. Cara berbual pun dah ke arah bapa-bapa. Tapi gila-gila masih ada. Terima kasih kerana sudi hadir ke Johor bersama @majestic_johor .

“Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.

“Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yang kau lakukan. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” akhirinya.

Tersentuh melihat posting berkenaan, ini reaksi balas yang diberikan oleh hos program Big Stage itu;

“Sahabat, aku ingat lagi kau punya kepala gila nak melayan aku datang Kluang, sebelum kau nak gi menikah malam tu, petang siap bawa aku dengan @shadilahalid makan nasi kambing 40 hari.

” @anna_danisha pulak masa tu dok risau je sebab hantaran kau untuk dia tak beli lagi.

“Banyak moment kita share sebenarnya bro, tapi nanti kita sembang internal dengan anak-anak pulak!

“Thanks Ji bawa aku jalan-jalan dengan @majestic_johor . Semoga Allah makbulkan doa kau untuk kita semua. aameen,” balasnya.

IKLAN