Terus Kuat! “Bukan Mudah Untuk Berkongsi…,” – Janna Nick Alami Gangguan Bipolar, Neelofa Beri Reaksi

Share

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick telah mendapat perhatian orang ramai selepas mendedahkan dirinya menghidap penyakit mental gangguan Bipolar.

Selain mendapat perhatian daripada orang remain, usahawan dan hos Neelofa ada memberikan kata positif kepada pelakon berusia 25 tahun.

Malah, Neelofa juga menyifatkan tindakan Janna itu sangat berani dan berterima kasih kerana sudi berkongsi tentang penyakit yang dihadapinya kepada orang ramai.

“It must have not been easy sharing this with strangers so thank you for being brave and sharing your story with us, Janna.

“Stay strong and may Allah ease everything for you,” tulisnya.

Lantas, perkongian Neelofa ini telah mendapat reaksi positif daripada netizen di samping mendoakan agar Janna kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Sebelum ini, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner telah memaklumkan dirinya telah disahkan menghidap penyakit tersebut, beberapa minggu yang lalu.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Cari Aku Di Syurga ini memberitahu akan berehat seketika dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan dirinya.

Foto: Instagram Janna Nick, Neelofa

IKLAN