“Tersentuh Tengok…,”- Makan Dalam Talam Sama Anak Yatim, Datin Rebecca Bagaikan ‘Ibu’. Siap Suapkan Nasi

Share

Perkara paling gembira apabila tibanya bulan Ramadan adalah dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sanak-saudara dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Tidak kurangnya apabila dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dalam sesuatu majlis.

Begitulah yang dirasai pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila dia berkesempatan berbuka puasa bersama kanak-kanan tersebut di ibu kota malam tadi.

Video tersebut melihatkan kemesraan antara Rebecca bersama anak-anak yatim sedang menikmati makanan Nasi Ambang secara beramai-ramai dalam talam.

Tampil berjubah hitam dan bertudung merah hati, Rebecca  turut menyuap salah seorang kanak-kanak perempuan itu.

Lalu, netizen tesentuh melihat kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan Rabecca tehadap anak-anak yatim itu.

Video : IG Rebecca

IKLAN