MH pasti setiap anak di dunia ini akan berasa gembira apabila bapa tercinta yang telah terpisah lama akhirnya bersatu semula bersama keluarga tersayang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik sekeping gambar bersama bapa tercintanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Dia meluahkan rasa gembira dan terharu apabila bapanya yang setelah sekian lama dipenjarakan akhirnya dibebaskan.

Tidak dapat kita bayangkan perasaan sebagai seorang anak yang sudah lama tidak dapat berada di samping ayah tercinta. Pastinya detik ini merupakan hari paling bahagia buat dirinya.

IKLAN

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on

“It’s been some time since that kiss, papa. Allah SWT in All His Infinite Wisdom has granted us this homecoming. What better way to greet Ramadhan. A pardon based on a miscarriage of justice. A separation met with an eventual embrace. Live life based on principled conviction. I love you. We’ve got much to do. Many more injustices to fight against ?? #BebasAnwar #BebasRakyat,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Izzah di Instagram juga turut meluahkan rasa gembira atas pembebasan Datuk Seri Anwar.

ramlypungut: Syukur pd Allah, akhirnya kemenagan buat DSA n keluarga..refomarsi

IKLAN

tika_wvc92: Alhamdulillah ya Allah,,nie lh hari yg di tunggu-tunggu pon tiba welcome back datuk seri Anwar Ibrahim

azmi7107: Alhamdullilah akhir nya dato seri anuar ibrahim dibebaskan.tanda malaysia kan terus maju kehadapan in sha

IKLAN

Semoga kepulangan Datuk Seri Anwar kepada rakyat dapat mengubah negara setaraf negara maju yang lain selain membantu mengurangkan beban rakyat.

Welcome back Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Sumber: Instagram Nurul Izzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI