“Tersentuh Bila Penyanyi Nombor 1 Beri Komen Positif,” – Reaksi Sufian Suhaimi Bila Tok Ti Pun Puji Persembahan Di AJL33

Share

Status dari penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengatakan persembahan Sufian Suhaimi yang sangat deep, lengkap dengan susunan muzik yang baik menerusi lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu ke-33 semalam nyata menggembirakan si penyanyinya.

Katanya dia terharu dan tersentuh apatah lagi yang memberi komen merupakan penyanyi senior yang dikagumi ramai.

“Saya sangat terharu, tersentuh bila Penyanyi Nombor Satu Negara beri komen yang positif, meski ada juga pihak yang memberikan komen yang tak berapa positif.

“Tapi mengapa kita nak tengok benda yang tak baik. Jadi saya lebih senang dan gembira tengok benda yang positif,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Sufian ditemui media sejurus selesai sidang media pasca AJL33, lewat malam tadi.

Menerusi anugerah muzik tahunan itu, lagu dendangannya telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Foto: Instagram Sufian Suhaimi

IKLAN