Atlet renang bukan cuma boleh beraksi di kolam renang, mereka juga perlu berpenampilan menarik seperti orang lain. Biasanya kita melihat imej ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam sut mandi dan beraksi di kolam renang, namun, kali ini anda pasti terkejut dengan penampilannya yang cantik mirip super modeldalam sebuah majalah yang telah menukarkan gaya dan wajah Pandelela. 

Pandelela diberikan suntikan mewah dengan pakaian dari jenama antarabangsa seperti Burberry, Gucci, Fendi, Bally, Michael Kors serta mendapat solekan dari sentuhan Cat Yong dan CKay Liow untuk tata gaya rambutnya menjadikan gadis berusia 24 tahun agak berbeza daripada penampilan biasa.

Pandelela disarungkan busana daripada pereka antarabangsa antaranya Burberry, Gucci, Fendi, Bally, Michael Kors serta dipakaikan aksesori Tory Burch dan Corum.

Manakala, sentuhan Cat Yong untuk solekan dan CKay Liow untuk tatagaya rambutnya menjadikan gadis berusia 24 tahun itu persis gaya supermodel.

Dalam edisi terbaharu majalah berbahasa Inggeris itu, Pandelela bercerita mengenai permulaan langkahnya menjadi atlet dan saat bungkam ketika berjauhan daripada keluarganya.

Sempena Sukan Sea 2017, Pandelela bakal bersaing untuk acara terjun.

Dilahirkan pada bulan Mac 1993 di bandar kecil Bau, Sarawak, kehidupan di zaman kanak-kanak Pandelela adalah sederhana dan serba kekurangan. Namun, olahragawati ini sangat bertuah kerana kedua ibu bapanya membesarkannya bagaikan menatang minyak yang penuh.

IKLAN

Terdahulu, Pandelela pernah mengharumkan nama negara menjadi atlet wanita sulung yang menjuarai medal dalam sukan Olimpik tahun 2012 di London untuk acara 10 meter platform individu.

Pada Sukan Olimpik Rio yang lalu, Cheong Jun Hoong dan Pandelela telah memenangi pingat pertama Malaysia iaitu pingat perak dalam acara 10 meter platform wanita berpasangan.

Tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Temasya Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos nanti.

 

IKLAN

Jom lihat transformasi penampilan Pandelela yang boleh buatkan anda rasa terkesima : 

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

IKLAN

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

Terpukau Dengan Transformasi Pandelela Rinong

Sumber: Malaysia Tatler

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI