Terperangkap Dalam Dunia Permainan, Apa Kesudahan Siri Take CTRL?

Share

Setelah lima minggu bersiaran menemui penonton, siri komedi keluarga berjudul Take CTRL bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan ditayangkan pada Sabtu ini.

Bagi anda yang masih belum atau baru mengikuti siri komedi ini, Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.

Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi pelakon Shaheizy Sam memegang watak sebagai Papa manakala Hana Nadira pula sebagai Mama.

Di samping itu, Take CTRL turut dijayakan bersama beberapa para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.

Menerusi episod terdahulu, Papa bersama Mama masih lagi terperangkap dan ada satu watak misteri yang akan muncul membantu Sky dan Ram untuk selamatkan mereka berdua.

Adakah mereka bakal berjaya untuk menyelesaikan tugasan dan menamatkan permainan tersebut? Sama-sama kita saksikan episod akhir Take CTRL yang bakal bersiaran jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), pada 5 Mac ini.

Terlepas Masih Ada Peluang Menonton

Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL
jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.

#WithControlComesChaos #TADAA #CH612 #OnDemand #UltraBox #EntertainmentPack

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN