Setelah lima minggu bersiaran menemui penonton, siri komedi keluarga berjudul Take CTRL bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan ditayangkan pada Sabtu ini.
Bagi anda yang masih belum atau baru mengikuti siri komedi ini, Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.
Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi pelakon Shaheizy Sam memegang watak sebagai Papa manakala Hana Nadira pula sebagai Mama.
Di samping itu, Take CTRL turut dijayakan bersama beberapa para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Ads
Menerusi episod terdahulu, Papa bersama Mama masih lagi terperangkap dan ada satu watak misteri yang akan muncul membantu Sky dan Ram untuk selamatkan mereka berdua.
Adakah mereka bakal berjaya untuk menyelesaikan tugasan dan menamatkan permainan tersebut? Sama-sama kita saksikan episod akhir Take CTRL yang bakal bersiaran jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), pada 5 Mac ini.
Ads
Terlepas Masih Ada Peluang Menonton
Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL
jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin mengesahkan dirinya positif virus Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ibu kepada empat orang cahaya mata ini baru sahaja menerima suntikan vaksin dos pengalak pada 25 Feb lalu.
Malah Zarina turut melakukan ujian saringan beberapa kali demi mendapatkan kepastian.
“Terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran membantu untuk booster kami sekeluarga. Saya dah dapat booster untuk protection kami sekeluarga 25 Februari 2022.
“Hari ini 1 hb Mac saya dah confirm positive Covid-19. Mesti orang cakap ‘eh dah full vaksin pun still boleh kena ke?’
“Yes, booster tu untuk protection at lest jika kena sekali pun kita tidak lah sampai stage yang teruk . setakat stage satu dua saja.
“Saya ni dah masuk hari kedua lah kiranya. Saya notice malam tadi, then 3 kali saya buat swab test sendiri. Malam tadi dia macam bayang-bayang jer line tu. Pagi ni wah jelas saya pregnant anak covid,” tulisnya.
Serentak dengan itu, Zarina memohon maaf kepada semua kontak rapatnya supaya segera menjalani ujian saringan untuk keselamatan.
“Saya nak mintak sesiapa yang ada berjumpa dengan saya please pergi swab test. Saya minta maaf Allah nak bagi penyakit ni. Jika saya ada sakitkan hati sesiapa maafkan saya.
“Minta doakan saya, saya risau Azil bangun tido ni mesti dia ketuk pintu bilik saya nak masuk bilik. Tolong doakan saya ya.
“Saya ni jarang jarang sakit tapi bila sekali sakit saya macam orang putus harap. Perniagaan saya pulut kuning berjalan seperti biasa, ada cheff dan staff saya handle, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Erna Elliyana Rosli, 33, mencipta kejayaan membanggakan apabila produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakan, Kamya Glow dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty.
Terus melakar sukses tersendiri, produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.
Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow.
“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Meski masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.
“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.
“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.
“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.
Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.
Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional.
“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.
“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.
“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.
“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini.
Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.
Bagi meluaskan jenama ini di kalangan masyarakat, Kamya Glow turut mempelawa semua orang untuk mencubanya secara percuma.
“Kami jalankan ‘give away’ secara besar-besaran yang mana kepada Kamya lovers yang berminat boleh mengikuti kami menerusi telegram. Kami akan poskan secara percuma di mana sahaja anda berada. Informasi lanjut mengenainya boleh didapati di akaun media sosial Kamya Glow.
“Banyak lagi kejutan serta tawaran hebat yang kami bakal lakukan. Kalian hanya perlu nantikan sahaja pengumuman istimewa daripada kami daripada semasa ke semasa,” katanya yang tidak akan berhenti daripada menyebarkan manfaat Kamya Glow kepada semua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang berkesempatan mengambil swa-foto bersama artis kesayangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika diundang sebagai Juri Pedas, di program Big Stage 2022 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Michael meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu empat mata dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Jerat Percintaan itu.
Pada masa sama, Michael menyifatkan Siti atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti sebagai seorang penyanyi yang sentiasa merendah diri, cantik dan memiliki suara yang lunak.
Tambah Michael lagi, dia tidak akan melepaskan peluang dan akan sentiasa meminta untuk mengambil swa-foto setiap kali bertemu dengan Tok Ti.
“Salam semua. The best part of todays evening kat #bigstage2022 adalah dpt ambik selfie dgn my fave singer in malaysia DATUK Siti.
“Ni la satu satu artist malaysia Kalau dapat jumpa I will ask for selfie. She is just plain humble beautiful n has a voice of a nightingale! Luv u mak et!,” tulisnya.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...