“Terpaksa Berpisahan Dengan Rafael,”-Mawar Rashid Kembali Ke Set Selepas Hampir 2 Tahun Berehat

Share

Bukan satu perkara mudah bagi setiap insan bergelar ibu untuk berpisah dengan anak dan itulah yang dirasai pelakon, Mawar Rashid.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri berkata dia kini telah kembali berlakon setelah hampir 2 tahun berehat dari dunia lakonan.

Terdahulu, Mawar mengambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sejak kehamilan sehingga anaknya, Rafael yang kini berusia 6 bulan.

“Mawar took a break from berlakon dari mula Mawar pregnant sampai lah Rafael umur 6 bulan sekarang. 1 ½ tahun berehat.

“Now bila Mawar start berlakon balik, cabaran dia is terpaksa berpisahan dengan Rafael. Keluar pagi dia masih tidur, balik malam dia dah tidur. Jadi Mawar hanya FaceTime je dengan Rafael siang2.,” tulis Mawar.

Selain itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut meluahkan rasa kagum terhadap kaum ibu yang sentiasa kuat dan tabah membesarkan anak-anak.

“Mawar yakin akan kehebatan seseorang ibu itu. Macam mana agaknya dugaan dan cabaran ibu2 di luar sana. Terutama nya ibu2 tunggal kan. Mesti sangat mencabar.

“Apa2 pun Mawar tahu kita ibu2 semua ni harus kuat dan tabah demi anak2. Mawar doakan yang baik2 saja buat semua ibu dan ibu tunggal di Malaysia ini.,” tulisnya.

Di samping, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN