Bekas pelakon, Azuan Mazlan berkongsi kisah vokalis kumpulan EYE, Izam ketika berkunjung ke rumahnya bagi menghulurkan sumbangan.

Jelas Azuan, penyanyi popular sekitar tahun 90-an itu amat memerlukan bantuan kewangan sementelah keadaannya kini lumpuh separuh badan.

Malah, keadaan rumahnya yang kosong tanpa sebarang perabot turut mendatangkan sebak mereka yang hadir membantu.

“Assalamualaikum wbt..

“Di waktu PKP ini ramai orang2 susah yang Allah visualkan.. Dulu hidup senang dan sekarang hidup susah itulah luahan yang sy dengar dari mereka.

“Ada yang rumah banglo pun minta bantuan makanan dari saya.. Saya faham dan saya tak nak fikir yang bukan2.. sebab tabligh tak mengajar saya untuk bersangka buruk pada orang lain. Kita tak tahu apa yg berlaku sebenarnya, maybe nampak orang tu macam have2 dengan hartanya tapi sebenarnya kat poket dia takde duit pun.

IKLAN

“Nak makan pun susah sekarang ni. Banyak yang Allah swt ajar saya waktu menghulurkan sumbangan supaya jaga hati, bersangka baik & jangan memilih untuk menghulurkan bantuan pada mereka diluar sana, kerana mereka semua adalah pilihan Allah swt.

“Maafkan saya, ketika sy berkunjung ke rumah penyanyi utama Kumpulan E.Y.E abang Izam, untuk menghulurkan bantuan, beliau mengajak kami masuk kerumahnya tapi kami enggan sebab kami dari luar & kami dah ramai jumpa orang takut nanti membawa virus (Naudzubillah minzalik),” tulis Azuan.

Pada masa sama, dia turut mencadangkan ramai untuk membantu memandangkan bekas penyanyitu seorang yang beramal soleh.

IKLAN

“Jadi kami taknak terjadi apa2 pada kesihatan berliau.. Kita jaga kita, in syaa Allah supaya tidak menyusahkan orang lain walaupun kita dtg menghulurkan bantuan. Maafkan saya, Saya ternampak rumah beliau kosong didalamnya tanpa ada perabot, kesiannya saya tengok.

“Rasa nak menangis pun Ada. Allahuakbar, sekarang ini beliau amat2 memerlukan bantuan kewangan kerana beliau lumpuh sebelah badan.

“Sesiapa yang ingin membantu saudara Islam Kita silalah hulurkan bantuan, tak mampu tolong banyak sedikit pun jadilah. Atlest kita meringankan beban beliau. Saya syorkan, bantulah beliau kerana beliau orang yang soleh.

IKLAN

“(Sayyidina ‘Abdullah bin Umar r.hu. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt akan menunaikan hajatnya.” – hadith riwayat abu daud.)

“(Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman hendaklah mereka mendirikan solat & menginfaqkan daripada apa2 yang Kami telah kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terang-terangan sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan.)” – Surah Ibrahim -ayat 31-,” kongsinya panjang lebar di laman Instagram.

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt.. . Di waktu PKP ini ramai orang2 susah yang Allah visualkan.. Dulu hidup senang dan sekarang hidup susah itulah luahan yang sy dengar dari mereka… Ada yang rumah banglo pun minta bantuan makanan dari saya.. Saya faham dan saya tak nak fikir yang bukan2.. sebab tabligh tak mengajar saya untuk bersangka buruk pada orang lain. Kita tak tahu apa yg berlaku sebenarnya, maybe nampak orang tu macam have2 dengan hartanya tapi sebenarnya kat poket dia takde duit pun.. nak makan pun susah sekarang ni. Banyak yang Allah swt ajar saya waktu menghulurkan sumbangan supaya jaga hati, bersangka baik & jangan memilih untuk menghulurkan bantuan pada mereka diluar sana, kerana mereka semua adalah pilihan Allah swt. . Maafkan saya, ketika sy berkunjung ke rumah penyanyi utama Kumpulan E.Y.E abang Izam, untuk menghulurkan bantuan, beliau mengajak kami masuk kerumahnya tapi kami enggan sebab kami dari luar & kami dah ramai jumpa orang takut nanti membawa virus (Naudzubillah minzalik).. jadi kami taknak terjadi apa2 pada kesihatan berliau.. Kita jaga kita, in syaa Allah supaya tidak menyusahkan orang lain walaupun kita dtg menghulurkan bantuan. Maafkan saya, Saya ternampak rumah beliau kosong didalamnya tanpa ada perabot, kesiannya saya tengok.. Rasa nak menangis pun Ada. Allahuakbar.. sekarang ini beliau amat2 memerlukan bantuan kewangan kerana beliau lumpuh sebelah badan.. sesiapa yang ingin membantu saudara Islam Kita silalah hulurkan bantuan, tak mampu tolong banyak sedikit pun jadilah.. atleast kita meringankan beban beliau.. Saya syorkan, bantulah beliau kerana beliau orang yang soleh… . (Sayyidina 'Abdullah bin Umar r.hu. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt akan menunaikan hajatnya." – hadith riwayat abu daud.) . "(Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman hendaklah mereka mendirikan solat & menginfaqkan daripada apa2 yang Kami telah kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terang-terangan sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan.)" – Surah Ibrahim -ayat 31-

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on

Sekadar imbasan, EYE antara kumpulan rock terkenal pada tahun 90-an dan antara lagu popular termasuk Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, Setelah Dirimu Ku Kenali dan Setiamu Gugur Di Mata.

Foto : Instagram Azuan Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI