Terlibat Kemalangan, Adik Afdlin Shauki Akhirnya Telah Pergi Menemui PenciptaNya Petang Tadi. Al-Fatihah

Share

Adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, iaitu Jefri Adzman Aksan meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.

Berita sedih berkenaan disampaikan Afdlin sendiri menerusi Instagram miliknya, sejam lalu.

Sambil meminta agar salah dan silap Allahyarham dimaafkan, bintang itu turut berdoa agar Allah SWT menjaga dan menjauhkan siksa kubur adik serta ibunya yang turut sama meninggal dunia Oktober tahun lalu.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki,” tulisnya.

Ahad lalu, arwah telah dilaporkan terlibat di dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan Allahyarham mengalami pendarahan di bahagian otak.

Beberapa jam sebelum itu, bintang senior berkenaan turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui kejadian kemalangan secara terperinci agar menghubunginya bagi membantu siasatan.

AlFatihah dan salam takziah dari MH buat Afdlin seisi keluarga.

Foto: Instagram Afdlin Shauki

IKLAN