Ads

Terlalu Teruja, Peminat Pengsan Depan Aiman Tino?

Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni ketika ini.

Aiman dipetik dari satu sumber berkata, dia tidak dapat melupakan satu peristiwa cemas apabila seorang peminatnya pengsan di hadapannya.

Kejadian cemas itu berlaku ketika dia sedang menjayakan promosi lagu di Indonesia bulan lalu.

Terlalu Teruja, Peminat Pengsan Depan Aiman Tino?

Ads

“Ada satu kejadian peminat pengsan kerana teruja berjumpa saya dan terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi.

 

“Mujurlah, beberapa minat kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujar penyanyi ini.

Tambah Aiman lagi, apa yang membuatkan dia rasa lebih terharu apabila peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengannya.

Menurut sumber lagi, Aiman telah pergi ke Indonesia selama lima hari bagi mempromosikan single Ku Rela Dibenci.

Ads

Terlalu Teruja, Peminat Pengsan Depan Aiman Tino?

Dalam pada itu, Aiman turut berkata, ada peminat yang sanggup menunggunya di luar konti radio setelah mengetahui dia berada di negara tersebut.

Ads

“Mereka beritahu terlihat foto saya di laman Instagram stesen radio berkenaan dan tanpa membuang masa terus menaiki pengangkutan awam ke lokasi promosi.

 

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana,” katanya.

Aiman berkata lagi, dia sangat berterima kasih kepada semua peminatnya di sana dan berharap agar mereka terus menyokong kariernya sebagai penyanyi.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.