Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, menasihatkan setiap penyanyi yang berhasrat untuk mengadakan konsert untuk mengambil tahu tentang latar belakang pihak penganjur terlebih dahulu.
Menurut Tomok, tindakan ini perlu bagi mengelakkan wujudnya insiden penipuan atau penganiayaan, lebih-lebih lagi terhadap penyanyi baharu.
“Saya tidak nafikan perkara ini memang biasa berlaku, ada dalam kalangan pihak penganjur yang suka menyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert.
“Saya rasa tak ramai artis baru yang bersedia untuk membuat konsert. Penganjur pula seakan memberikan harapan dan bulan bintang.
“Namun, bila ada perkara yang tidak diingini berlaku, ia akan terpalit kepada artis itu sendiri.
“Sebagai artis kita kena ambil tahu juga latar belakang dan pengalaman pihak penganjur,” ujarnya.
Tomok berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert Tomok & Siti Nordiana ‘Memori Mungkin Berulang’ bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu lagi, dia juga pernah berhadapan dengan situasi sama sepanjang 25 tahun bergelar anak seni.
“Kalau ikutkan memang banyak kes seperti ini berlaku, orang-orang yang suka mengambil kesempatan ini wujud dari dulu sampai sekarang.
“Kaki kencing ini memang ada. Ada yang undang kita buat persembahan tapi bila hal bayaran, hilang begitu sahaha.
“Jadi, sebagai orang yang berpengalaman, kita kena bijak menguruskan konsert sendiri seperti meminta deposit dan mewajibkan kontrak. Perkara seperti ini memainkan peranan penting.
“Kita jangan bagi orang-orang seperti ini mengawal segala hal berkaitan konsert. Yang busuk nanti nama artis bukan penganjur. Proses perbincangan itu penting, jangan asal boleh sahaja,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Tomok teruja untuk mengadakan konsert pertama bersama Siti Nordiana selepas lebih dua dekat berada dalam industri seni.
Konsert Tomok & Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang ini dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Tiket pula sudah mula dijual pada 28 Oktober dengan harga permulaan RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000.
Sehingga kini, tiket sudah berjaya dijual hampir 50 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar hiba datang dari industri hiburan Korea hari ini apabila pelakon Song Jae Rim ditemui meninggal dunia hari ini.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa pelakon berusia 39 tahun itu ditemui mati di apartmennya di Daerah Seongdong Seoul. Sepucuk surat sepanjang dua muka surat juga dilaporkan ditemui di tempat kejadian.
Walaupun punca sebenar kematiannya belum disahkan, pihak berkuasa menyatakan bahawa setakat ini siasatan masih lagi dijalankan dan tiada tanda perbuatan khianat berkaitan pelakon tersebut.
Dilahirkan pada tahun 1985, Song Jae Rim memulakan kerjayanya dalam dunia glamor sebagai seorang model. Dia banyak membuat kemunculan di pentas fesyen selain muncul di majalah popular seperti Harpers Bazaar, Vogue, Dazed, Nylon dan Marie Claire.
Membuat debut dalam dunia lakonan pada 2009 menerusi filem Actresses, Song Jae Rim kemudiannya menjadi terkenal dengan peranannya dalam drama The Moon Embracing the Sun yang disiarkan pada 2012.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia hiburan, Song Jae Rim pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori Best Male Newcomer pada 2024 di MBC Entertainment Awards dan Anugerah Lakonan Istimewa, Pelakon dalam drama bersiri di SBS Drama Awards pada 2016.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Syura Badron berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang melecur teruk akibat letupan gas, Jumaat lalu.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, suaminya telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,” tulis Syura.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
Meski berdepan ujian berat, Syura bagaimanapun yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut memuat naik satu hantaran di Insta Stories yang memaparkan tangannya bersama suami, sebagai tanda kasih dan sokongan.
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku,” kongsinya lagi.
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal selama sembilan tahun, apabila melangsungkan pernikahan dengan Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Syura juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...