“Terlalu Banyak Dugaan…”- ‘Nota Kasih’ Ikhlas Izzue Islam Buat Isteri Tercinta, Sentuh Sanubari

Share

Menerusi entri terkini penyanyi Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar majlis perkahwinan bersama isterinya yang dikenali sebagai Awin Nurin.

Kongsi Izzue, dia dan isterinya kini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.

Oleh itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah memberi ucapan dedikasi sangat ‘sweet’ buat isteri tercinta.

“Wahai Peneman Hati, saat pertama kali dahimu kucium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.

“Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini.

“Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.

“Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary @awinnurin 2013 – 2019”tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama Patahnya Sebelah Sayap itu telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Izzue dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Foto : Instagram Izzue Islam

IKLAN