“Terkejut Tengah Baring Kek Sampai!,”- Tanda Ingatan Di Hari Jadi, Kamal Adli Terima Kejutan Dari Uqasha Senrose

Share

Menyambut ulang tahun kelahiran tahun ini, Kamal Adli ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Kamal juga dilihat ada meraikan hari jadi sendiri menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram.

Apapun, satu yang menarik, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli turut menerima kejutan istimewa daripada rakan pelakon, Uqasha Senrose.

Genap 34 tahun hari ini, pemenang Hero Remaja 2008 ini menerima sebiji kek istimewa dan telah menitipkan ucapan terima kasih kepada Uqasha atas ingatan.

“Thank you so soo muchhh for this cake, terkejut tengah baring kek sampai! haihh nk cakap jgk sebab too special for me n i really2 happy yg @uqashasenrose2 yg send this cake.

“Thank you soo much, duduk rumah baik2 taw awk, tq tqq again,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat juga memberikan ucapan istimewa sempena hari jadi buat Kamal.

MH mengucapkan selamat hari jadi kepada Kamal dan moga dipanjang umur serta murah rezeki selalu.

Foto: Instagram Kamal Adli

IKLAN