“Terkejut Juga Bila Ada Jenama Masih Sudi…,” – ‘Kesayangan’ Label Fesyen Dunia Meski Berniqab, Neelofa Syukur Terharu

Share

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mengakui dia pada awalnya rasa terkejut dan terharu apabila masih ada jenama fesyen dunia yang masih berkerjasama meski penampilannya kini sudah berbeza.

Menurut Neelofa, dia percaya kepada hubungan kerjasama dan sambutan pengguna yang baik akan membawa kepada kolaborasi yang berterusan.

“Terkejut juga bila ada jenama yang masih sudi untuk berkerjasama. Namun saya sendiri faham sekiranya ada jenama yang mungkin sedikit takut atau risau jika sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan atau kurang raih ‘engagement’ yang tinggi.

“Cuma mungkin bagi mereka yang pernah berkerjasama dengan saya lebih tahu. Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial perihal item yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan,” katanya kepada MH.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menambah, dia optimis apabila kini kebanyakan stesen televisyen dan produksi lebih bersikap terbuka.

“Sudah tentu saya rasa syukur dan berbangga pada masa sama sebab dalam sisi lain, ia juga satu ruang dakwah. Maksudnya mungkin yang melihat akan lebih tahu mengenai penampilan seorang wanita Muslimah.

“Malah saya lebih rasa tersentuh bila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Misalnya program Nona bulan lalu selain projek terbaru saya dengan Astro.

“Pihak mereka sangat berlapang dada untuk menerima kita yang berniqab atau berpurdah ni untuk tampil sebagai pengacara dan sebagainya. Bagi saya ia satu situasi yang baik,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN