“Terkejut Gak Tengok Baju Hospital…,” – Awal Ashaari Masuk Wad? Tapi Reaksi Netizen Kelakar Habis!

Share

Berkongsi rakaman video dirinya sedang terlantar di hospital dengan mengenakan seragam hijau hospital kerajaan, Awal Ashaari dilihat sedang berbincang dengan pengarah, Heykal Hanifah mengenai babaknya di hospital.

“Bila director kau sakit je mata tengok kau nak ensem ensem utk scene hospital.

Paparan awal pelakon ini berbaju hijau nyata mengejutkan netizen, apatah lagi menyangkakan bahawa selebriti terkenal ini mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Malah, lebih lucu apabila netizen mengatakan wajah Awal yang terlalu sihat dengan gaya rambut yang kemas tidak layak memegang watak orang sakit.

Nampaknya ramai yang tidak sabar menunggu kemunculan Awal berlakon drama.

Foto – Instagram Awal Ashaari

IKLAN