Pelakon Indonesia, Fachri Albar dijatuhi hukuman menjalani rehabilitasi selama enam bulan di Pusat Rehabilitasi Badan Narkotika Nasional (BNN) Lido selepas didapati bersalah memiliki serta menyalahgunakan dadah.

Keputusan itu dibacakan panel hakim Mahkamah Negeri Jakarta Barat yang dipengerusikan Iwan Anggoro Warsita, hari ini.

“Mahkamah mendapati tertuduh, Fachri Albar bin Achmad Albar, terbukti secara sah dan meyakinkan telah mengonsumsi narkotika golongan satu tanpa preskripsi doktor,” katanya ketika membacakan keputusan tersebut.

Hakim seterusnya menjatuhkan hukuman rehabilitasi terhadap anak kepada pemuzik legenda Indonesia, Ahmad Albar itu.

Ads

Fachri tidak dibawa ke mahkamah, sebaliknya mengikuti prosiding secara dalam talian dari pusat rehabilitasi berkenaan. Usai keputusan dibacakan, pasukan peguam bela memaklumkan bahawa pihaknya menerima keputusan tersebut.

Pendakwa raya juga menyatakan bahawa mereka mengikut keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah.

BACA JUGA: Pelakon Drama Tasbih Cinta Ditahan Polis Kerana Dadah. Ibu Terkejut Dan Jatuh Sakit

Ads

“Dengan ini kes anda telah berakhir. Anda dijatuhi hukuman rehabilitasi di Lido selama enam bulan. Semoga segera sembuh,” kata hakim kepada tertuduh.

Terdahulu, pada 20 April lalu, Fachri ditahan anggota polis narkotik di kediamannya di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan. Hasil serbuan membawa kepada rampasan sejumlah dadah antaranya syabu seberat 0.65 gram, ganja seberat 2.05 gram, kokain hampir empat gram, pil Aprazolam serta beberapa peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

Ads

Susulan itu, Fachri didakwa mengikut Undang-Undang Republik Indonesia No. 35 Tahun 2009 mengenai Narkotika, Pasal 111 Ayat (1) dan Pasal 112 Ayat (1) yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara minimum empat tahun dan maksimum 12 tahun atau denda sehingga Rp8 bilion.

Selain itu, beliau turut dikenakan pertuduhan di bawah Undang-Undang Psikotropika No. 5 Tahun 1997 Pasal 62 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum Rp100 juta.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads