Terjatuh Dalam Perigi 32 Meter, Rayan Dilaporkan Meninggal Dunia

Share

Kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa, dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu, lapor Awani.

Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Terdahulu, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial.

Berita mengenai kematian kanak-kanak itu turut mendapat liputan media utama dunia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber, Foto: Awani, carian Google

IKLAN