Bermula daripada pentas Raja Lawak musim pertama sehinggalah bergelar antara bintang popular tanah air, Zizan Razak mendedahkan dirinya telah berhadapan dengan pelbagai jenis ragam peminat.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, dia sebenarnya lebih selesa untuk berinteraksi bersama mereka yang beradab dan memiliki budi bahasa yang tinggi.
Katanya lagi, dia pernah didatangi oleh peminat yang ingin bergambar tetapi caranya dikatakan sedikit kasar.
“Sedikit cerita nak share tentang diri saya. Berkenaan dengan adab. Saya memang kalah betol dengan orang yang polite beradab dan berbahasa.
“Ya tak dinafikan ada juga yang datang bergambar dengan bahasa yang agak keras juga menegur dengan cara yang kurang selesa. Tetapi saya cuba senyum dengan sebaiknya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Hantu Bonceng ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelasnya lagi, sekiranya para peminat menegurnya dengan baik, perasaannya juga pasti akan bertambah senang dengan tingkah laku sedemikian.
“Ya sekadar perkongsian. Tetapi jika datang dengan cara lembut sure sejuta level senyuman saya akan berikan. MashAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
Ramai yang teruja apabila penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tetamu undangan di Sepahtu Reunion Live yang disiarkan di Astro Warna pada Khamis.
Meski jarang mengikuti program hiburan melibatkan elemen lakonan, namun Siti tetap cuba memberikan sepenuh komitmen hingga penampilannya menerusi program muzikal berkenaan menerima pujian.
Siti menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, penglibatannya dalam rancangan berkenaan adalah sekadar suka-suka sahaja.
Malah dia turut berterima kasih dan memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
“Semalam di Sepahtu Reunion Live, lima persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung.
“Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu.
“Terima kasih Mek Kembang Cotton sediakan dua persalinan baju kurung saya, sehari je siap tempahan dan Epie Temerloh untuk solekan,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai memuji lakonan Siti selain penampilannya yang manis dipandang.
“MasyaAllah kelakar Tok Ti. Saya dan husband terhibur tengok. Nak-nak time batuk. Sangat-sangat membantu keluarga Sepahtu,” komen peminat.
“Comelnya Tok Ti. Tiba-tiba rasa nak pakai kurung cotton dan tudung bawal pula untuk raya bila tengok Tok Ti,” puji peminat.
“Best sangat-sangat. Terbaik Kak Iti. Part batuk tu terhibur tau,” antara komen yang diberikan.
“Yang paling lawak time batuk tu,” peminat berikan pendapat.
“Pandai Tok Ti berlakon, part batuk tu yang best,” respon yang diberikan peminat.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah membuat penampilan khas menerusi pementasan P. Ramlee The Musical musim pertama, mendukung watak sebagai Azizah.
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini bergelar isteri kepada Dr. Rushdi Ramli.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin memberitahu dia kini semakin sibuk dengan tugas harian menguruskan keluarga.
“Ramai juga yang bertanya kepada saya kenapa lama tak buat ‘live’, sebenarnya saya memang agak sibuk dengan tugas harian,menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan juga nenek,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan salah seorang anak perempuannya bakal menjalani ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula hari ini.
Sebagai seorang ibu, Nora berkata dia sangat memahami dengan situasi serta cabaran yang dihadapi oleh anaknya itu.
“Saya juga ingin ambil kesempatan untuk ucapkan semoga berjaya kepada anak saya yang baru mula mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“InsyaAllah doa dari seorang ibu itu paling makbul, semoga apa yang kita doakan untuk anak-anak kita dimakbulkan.
“Buat masa ini, jangan lah kita beri tekanan kepada anak-anak kita. Saya pasti dan faham dalam keadaan sekarang ini mereka pun tertekan.
“Kita kena sentiasa fikir, minta dan berdoa benda yang baik-baik InsyaAllah yang baik juga akan datang dalam hidup kita,” katanya lagi.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...