“Teringat Zaman Rancak Bercinta 2013, Sam Buat Suprise Muncul Sorang-Sorang Depan Rumah Raya Kedua,” – Syatilla Melvin

Share

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin terkenang zaman awal percintaannya bersama suami yang juga aktor, Shaheizy Sam kira-kira sembilan tahun lalu.

Pantas masa berlalu, Syatilla yang mesra disapa Tilla kini sedang menanti detik bersalin anak ketiga mereka.

“Ya Allah bila tengok gambar ni, tesedaq yang anak nak masuk 3 orang dah rupanya. Alhamdulillah rezeki Allah.

“Teringat masa zaman-zaman rancak bercinta, 2013 macam tu Sam buat suprise muncul sorang-sorang depan rumah Tilla kat Penang raya kedua.

“Ntah pasti kawin ntah tidak masa tu! Ya Allah sekarang ni anak besepah dah. Percaturan Allah sangat hebat!,” tulisnya di Instgram.

Menerusi platform sama, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut memuat naik foto raya sedondon seisi keluarga.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN