Teringat Kisah Dulu, Hafiz Suip Dedah Cerita Bila Dapat Berjabat Tangan Dengan Dayang Nurfaizah – “Masa Tu Aku Budak Lagi…”

Share

Penyanyi, Hafiz Suip berkongsi cerita dan mengimbau kenangan saat manis ketika bertemu Dayang Nurfaizah sebelum dirinya bergelar penyanyi.

Menurut Hafiz, dia bertemu dengan bintang itu ketika berada di satu majlis pelancaran yang di Taman Sukma, Kuching, Sarawak.

Dia pada masa sama turut berpeluang menyaksikan penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta itu membuat persembahan di majlis pelancaran berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini turut mendedahkan dia berpeluang untuk berjabat tangan dengan Dayang.

“Assalamualaikum wbt…seorang peminat dan yang di minat di dalam gambar…i still remember kak @dayangsayangkamu

“Dulu perform dekat taman sukma launching apa tah masa tu aku budak lagi.

“Dapat salam ngan kak dayang pastu jaja bagitahu orang tangan ni pernah salam dayang nurfaizah wei.

“Kenangan lama mengusik jiwa, ingat kah kitak dengan nemiak ya kak @dayangsayangkamu ? Hehehee,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

Sekadar informasi, Hafiz, 31 dan Dayang, 40 adalah merupakan penyanyi kelahiran dari Kuching, Sarawak.

Foto: Instagram Hafiz Suip

IKLAN