“Teringat Filem Final Destination,”- Farah Nabilah Buat Rawatan Akupunktur, Ini Reaksi ‘Seram’ Netizen

Share

“Beauty is pain”. Itu yang boleh digambarkan apabila pelakon Farah Nabilah melakukan rawatan muka jenis akupunktur.

Foto yang dikongsikan bintang Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu dilihat dipenuhi jarum-jarum halus yang dicucuk pada bahagian wajahnya baru-baru ini.

“Weekly acupuncture for general well-being at @sensei_acupuncture_beauty (and smudged mascara),” tulis Farah yang pernah memegang gelaran Artis Baharu Meletop dalam Anugerah MeleTOP Era (AME 2018). 

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut.

Malah, ada yang berasa gerun melihat rawatan kaedah perubatan tradisional Cina itu.

Untuk makluman, rawatan kaedah tradisional Cina ini mempunyai banyak kebaikan antaranya, memperbaiki otot-otot seluruh tubuh badan.

Pada masa sama, ia turut berupaya untuk menegangkan kulit, melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan dan mengurangkan sakit kepala/migrain.

Foto : IG Farah Nabilah

IKLAN