Pelakon Syafiq Kyle mengakui rasa terharu apabila penyanyi Anuar Zain ada memberikan dedikasi serta penghargaan buatnya ketika dia sedang menikmati makan tengahari di sebuah kafe di Bangsar, semalam.
Kata Syafiq ketika dihubungi MH, kejadian tersebut berlaku di luar sedar dan apabila mengetahui perkara tersebut, dia rasa cukup terkejut.
“Sedang mahu menikmati hidangan tengah hari bersama ibu, saya perasan Anuar Zain turut berada di kafe yang sama. Bagaimanapun tempat duduk kami agak jauh dan hanya saling berbalas senyuman.
“Namun apabila mahu buat bayaran selepas selesai makan, rupanya Anuar Zain yang terlebih dulu beredar dari premis berbekaan sudah pun melangsaikan bil menu kami bersama sekeping nota yang cukup membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya.
Ads
Bintang Nur 2 ini turut memberitahu, dia rasa teruja kerana nota tersebut hadir dari individu senior dan berpengaruh dalam bidang seni.
“Meski dia seorang penyanyi, namun ucapan serta penghargaan yang diberikan terhadap lakonan saya buatkan saya rasa gembira.
Ads
“Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Zain yang sudah sinonim dengan bidang nyanyian di negara ini. Jadi bila penghargaan itu datang darinya, sudah pastilah saya ‘wow’ dan terkejut.
“Apa pun, ucapan tersebut juga secara tidak langsung memberi signal buat saya untuk terus cuba berikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insyaAllah,” jelasnya yang turut memuat naik nota berkenaan menerusi Insta Stories Instagram.
Ads
Dalam perkembangan lain, drama Nur2 lakonannya juga sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian terbabit termasuklah Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhriah, Azar Azmi dan ramai lagi.
Minggu lalu, viral kes lelaki yang didakwa seorang pelawak popular telah mengasari seorang pengawal keselamatan warga emas di sebuah kawasan perumahan.
Meski tidak ada penjelasan dari pelawak yang berkaitan pada ketika itu, namun video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian sebenar yang berlaku.
Memetik laporan mStar, selepas ditahan pada Ahad, suspek dibebaskan atas jaminan polis pada hari berikutnya. Bagaimanapun, identiti suspek masih belum didedahkan pada umum.
Apapun apabila berlaku suatu kejadian seumpamanya, pasti ia turut terpalit pada mereka yang ada hubungan rapat dengan individu yang didakwa terlibat, misalnya isteri pelawak berkenaan.
Namun bagi isteri kesayangannya itu, ia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan aktiviti dakwah tetap diteruskan seperti biasa menerusi akaun Instagram miliknya.
Ruby Che Wan yang juga adik kepada bintang terkenal, Rozita Che Wan sudah pun berhijrah dengan memilih imej lebih santun selain sering menyebarkan dakwah kepada para pegikutnya, sekali gus cuba berkongsi sesuatu yang positif.
Menerusi salah satu posting misalnya, dia ada berkongsi mengenai ‘permata’ yang ada dibalik balutan hijab seorang wanita.
Awal semalam, pelakon Abby Abadi ada berkongsi keratan salah satu babaknya menerusi drama bersiri Gerak Khas 2019. Lucunnya, Abby terpaksa berlakon seorang diri, memandangkan para pelakon lain sudah pun melunaskan babak masing-masing.
Malah tulisnya, dia menerima skrip saat akhir, ketika hari penggambaran berlangsung.
“Kelmarin yg sengal. Mabukk dialog sbb pecah shot. Tu yg asyikkk terlupa je tu.. Lagipun bosannnn berlakon soranggg. Gerak Khas biasa sebenarnya skripnya dapat masa hari shooting.
“Tapi sangat luar biasa bila kita punya scene patut berdua, bertiga atau beramai2 tp kena berlakon sorang sbb shot org lain dah ambil dulu haha. Konsert Sy kelmarin. Dekat 30scene ok. Dari 30scene tu, 25scene berlakon sorang.
“Bayangkan je pelakon yg lain2 tu. assistant director tolong juga que, tp baca pun membobok.. camno nk bagi mood? huh! Sabarrr je… Hanya pelakon2 terpilih je yg mampu berlakon sorang tau.. imaginasi kena kuat, kiki…poyo,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut menyentuh mengenai penampilan terkininya yang masih belum kurus, seperti mana yang disangka peminat.
“Dan Seperkara lagi nk bagi tau awk, awak, awakkk.. yg sibuk minta tips utk kurus. kita belum kurus wak. Gambar takleh percaya. Ni shooting Gerak Khas kelmarin. Straight lagi badan kita wak, cutting takdak. Kalau dah kurus, takde rupa itunya haha.
“Ada yg kata drastiknya turun.. drastikkk apooooo.. bertahun2 Sy sibuk nk kurus. Turun sikit, naik balik. Pastu turunnn naik lagi. Walaupun sudah beberapa bantuan dihulurkan oleh berbagai pihak, tp kerana kurangnya displin diri, turun naik 10kg dalam masa beberapa bulan ni sangat sayu tau! pastu ni naik balik berat badan kita masa cuti sekolah aritu sebab buruk lantak haha,” kongsi Abby.
Malah ujarnya lagi, mungkin ramai yang sangka dia sudah tampil kurus kerana sebelum ini lebih kerap dilihat mengenakan jubah yang longgar.
“Nak turun 2/3kg berbulan2 lamanya. Nak naik 2/3kg 3/4hari je… cisssss ?? Mungkin nampak kurus sbb sblm ni kita asyik berjubah besar2. Skrg pakai seluar dgn blouse. Kat situ pun nmpk lah bezanya. Berat lagi kita ni. Takyahlah minta tips bagai. Masih gagal.
“Doakan kita tau. Mesti kena kurusss! Doakan utk sesama. Awak2 pun sama yg dah bertahun2 nk kurus tu. usahalah utk 2019 ni. Cukuplah bawak lemak jenjalan wak. Jom kita Hijrah utk jadi lebih kuruss utk memudahkan diri bergerak dalam setiap perkara ok? ?
Kuatkan semangat! Suruh suami/anak2 bagi sokongan.
“Yg belum kahwin, lagi patut usaha utk kurus. Nanti naik pelamin, tak merasa berbaju songket wak kalau dobok huhu,” tulis Abby panjang lebar.
Pelakon Faye Kusairi merakamkan rasa lega dan bersyukur apabila ahli keluarganya iaitu adik dan saudaranya dilaporkan selamat daripada menjadi salah sorang mangsa insiden letupan petrokimia di Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.
Maklumnya menerusi Instagram beberapa jam lalu, mereka tidak berada di sekitar ketika kejadian.
“Alhamdulillah adik dan saudara saya selamat. Mereka tidak berada di site. Syukur alhamdulillah. Saya harap ahli keluarga kenalan yg lain yg bekerja di Pengerang Johor turut selamat. This is shocking to hear.
“Teringat dulu peristiwa SMDS Bintulu. My dad was working that night at BCOT just next to the plant. Plus my dad’s responsibility was to get everyone safe, so agak lambat dapat tahu keadaan dia. Tapi alhamdulillah.. dia selamat,” tulisnya.
Sementara itu, Faye turut mendoakan kesejahteraan buat ahli keluarga mangsa yang turut terlibat di dalam kejadian berkenaan.
“Agak traumatic bila keadaan macam ni berlaku. Buat keluarga lain yg ada anak atau suami atau saudara atau mana2 pihak yg bekerja disana.
“Saya doakan keselamatan masing2. Semoga Allah lindungi mereka yg mencari rezeki disana,” tulis Faye.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.