Pelakon dan model, Nadia Brian kini menghitung hari untuk bergelar tunangan kepada lelaki pilihan, Muizz Nasruddin 4 Mei depan.
Perkongsian berita gembira tersebut disampaikan menerusi laporan Berita Harian, semalam.
Ujar bintang berusia 28 tahun itu lagi, majlis dijangka bakal berlangsung secara sederhana di sebuah hotel di Shah Alam serta hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
Ads
“Majlis pertunangan kami akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan bakal dihadiri anggota keluarga serta kenalan terdekat,” katanya yang turut merancang mahu mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan.
“Jika mengikut perancangan, ia mungkin dilangsungkan pada awal 2020 atau secepat-cepatnya penghujung tahun ini,” jelas Nadia jujur.
Ads
Terdahulu, pasangan ini saling bersetuju untuk sama-sama menguatkan ikatan cinta awal Februari lalu, apabila Nadia menerima lamaran bakal tunang dalam suasana romantik berlatarkan pemandangan Menara Eiffel.
Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim bertindak memohon maaf seandainya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram sehari lalu megundang rasa tidak selesa pengikutnya.
Jelas Sherry seperti yang dipetik Gempak, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang disangkakan sesetengah netizen sebenarnya merupakan getah ‘tights’ yang dipakai pada bahagian dalam seluar yang dipakai.
“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.
“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.
“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” terang Sherry.
Meski mendapat reaksi pelbagai, bintang tersebut bagaimanapun tidak mahu memadam foto berkenaan kerana sayang.
“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya,” katanya ringkas ketika ditemui media pada tayangan Game of Thrones musim ke-8 (episod pertama) di TGV One Utama.
Genap enam tahun mengenakan hijab, penyanyi Mizz Nina meluahkan rasa syukurnya kerana masih mengekalkan imej Muslimah sejati.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh di Instagramnya sebentar tadi.
“Jazakillah khair for the feature @worldhijabday . Alhamdulilah for wearing hijab .. #Repost @worldhijabday
“2019 marks the 6th year since I started wearing the hijab, Alhamdulilah…. how time flies!
“I would like to express my love and support to all my sisters all around the world who struggle everyday to please their maker, who are proud of who they are and their Muslim identity just as I am.⠀
“Hijab is my choice, my way of expressing my love and submission to God.
“It is my dress code which protects me & my loved ones from harm, as I walk with my head up high with the beauty of modesty as my crown, from my heart, only for my Lord.”-Shazrina Azman, Malaysia, @officialmizznina⠀,” tulis Nina.
Perubahan Mizz Nina pada tahun 2013 telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mula mengenakan hijab selepas pulang dari Mekah ketika mengerjakan umrah.
Jadi, mari sama-sama doakan semoga penghijrahan Mizz Nina dalam keadaan istiqamah.
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat, akui terpanggil untuk bersama-sama meningkatkan martabat ratu Malaysia selepas kebangkitan para peserta ratu cantik negara jiran seperti Filipina, Indonesa, Thailand dan terbaru Vietnam.
Malah sebagai salah seorang penaja Miss Grand Malaysia tahun ini, dia sebolehnya mahu memberi inspirasi buat organisasi sedemikian untuk lebih bersemangat dan peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling.
“Bagi saya kebanyakan wanita di Malaysia ni cantik. Jadi mengapa tidak untuk saya bersama rangkaian produk saya ke hadapan untuk membantu organisasi ratu seperti Miss Grand Malaysia agar lebih kuat dan mencari wakil negara yang punya persona dan kualiti.
“Misalnya tahun lalu, saya berpeluang ke untuk menyaksikan pertandingan Miss Universe dan saya rasa peluang buat ratu negara agak kurang, dunia seakan tak nampak meski wakil kita pun punya kualiti.
“Mereka bukan tak cantik atau lawa. Malah kita pun ada identiti sendiri dengan kebudayaan tersendiri. Jadi mengapa tidak saya untuk turut sama dan cuba naikkan balik wakil ratu kita di mata dunia,” kongsinya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mata kecintaannya terhadap pertandingan ratu, penyanyi Makhluk Penggoda ini mengakui mengikuti perkembangan ratu cantik negara sejak penyertaan Erra Fazira.
“Saya sebenarnya suka aliran ratu cantik sejak zaman Erra Fazira lagi. Bagi saya wanita di Malaysia memang cantik. Jadi inilah masanya untuk kita bangkit dan sejak tidak tahun saya ikutinya, negara jiran lain sudah pun ke depan.
“Mengapa tidak negara kita pula? Saya rasa inilah masanya. Cuma untuk menjadi ratu apa yang penting ialah mereka perlulah mempunyai hati yang baik selain berfikiran terbuka,” jelasnya yang turut menekankan produk bengkung yang dikeluarkannya.
“Kiranya itulah killer product kami buat masa ini dan ia turut sinonim dengan kecantikan. Jadi penajaan tersebut boleh juga dikatakan sebagai suatu bentuk penjenamaan yang baik,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Sajat ditemui pada media party Miss Grand Malaysia 2019 di Saro Lounge, Kuala Lumpur.
Kemuncak malam Miss Grand Malaysia 2019 akan berlangsung di Miri, Sarawak, pada 28 April depan.
Foto: Instagram Sajat/Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.