“Terima Kasih Ya Allah. Mak Uda Saya Dah Sihat,” – Budak Ijat Kongsi Berita, Mak Cik Petir Bebas Covid-19

Share

Pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih sinonim dengan sapaan Mak Cik Petir dilaporkan sudah bebas Covid-19 selepas hampir dua minggu dirawat di hospital.

Menurut anak saudaranya yang juga merupakan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun Instagramnya @budakijat, ibu saudaranya itu dilaporkan telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Mak Cik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia.

“Doktor beritahu Mak Uda saya bebas dari Covid-10. She is negative now (dia negatif sekarang).

“Terima kasih di atas semua doa kalian peminat Mak Cik Petir keaayangan ramai,” tulisnya memaklumkan khabar gembira.

Terdahulu pada 2 Februari lalu, pelakon berkenaan disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk menjalani sesi rawatan dan kuarantin.

IKLAN