Uncategorized

“Terima Kasih Ya Allah,”- Abby Abadi & Norman Hakim Rasa Syukur Anak Berjaya Hafaz Al-Quran, Rai Kejayaan

Share

‘Sejuk perut ibu mengandung’, itulah ungkapan paling buat Abby Abadi yang telah meraikan kejayaan anaknya Mohamed Danish Hakim Al Hafiz yang berjaya menghafaz Al-Quran.

Menerusi gambar yang dimuat naik pelakon Abby di Instagramya itu, dia bersama bekas suami, Norman Hakim bergambar bersama anak sulung mereka.

“Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h 

Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia..

Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga,” tulisnya.

Serentak itu, netizen turut berasa gembira atas kejayaan tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat Danish.

Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor itu turut diraikan seramai 950 pelajar oleh  Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor pagi tadi.

Semoga Danish dan rakan-rakannya terus berjaya dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapa serta menjadi contoh yang baik kepada orang lain untuk menuju ke jalan yang lebih baik.

Foto: Instagram Abby Abadi/Norman Hakim

IKLAN