‘Sejuk perut ibu mengandung’, itulah ungkapan paling buat Abby Abadi yang telah meraikan kejayaan anaknya Mohamed Danish Hakim Al Hafiz yang berjaya menghafaz Al-Quran.

Menerusi gambar yang dimuat naik pelakon Abby di Instagramya itu, dia bersama bekas suami, Norman Hakim bergambar bersama anak sulung mereka.

“Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h 

Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia..

Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga,” tulisnya.

IKLAN

View this post on Instagram

TERIMA KASIH ALLAH S.W.T..terima kasih Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor #PITAS & Bank Muamalat diatas insentif kpd para Huffaz Negeri Selangor secara amnya dan kepada anak kami Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ khususnya untuk pengiktirafan ini . . Semoga anak kami bersama dengan 950 sahabat Huffaz dari seluruh Negeri Selangor yg turut bersama dalam Majlis Konvokesyen Huffaz 2018 kali ke-2 ini akan terus meningkatkan perjuangan & integriti didalam membawa Al-Quran sebagai cara hidup untuk diri sendiri bersama keluarga & masyarakat tercinta . . Bersama kita membina syurga dirumah utk sama2 kembali membina rumah disyurga utk kehidupan yang kekal abadi selepas ini In shaa Allah Aamiin Ya Rabb❤️ . . @normanhakim_786 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ @maria.danisha.hakim @awishzarisz @mikayladelishahakim @daiyandayana_

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

IKLAN

Serentak itu, netizen turut berasa gembira atas kejayaan tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat Danish.

“Terima Kasih Ya Allah,”- Abby Abadi & Norman Hakim Rasa Syukur Anak Berjaya Hafaz Al-Quran, Rai Kejayaan “Terima Kasih Ya Allah,”- Abby Abadi & Norman Hakim Rasa Syukur Anak Berjaya Hafaz Al-Quran, Rai Kejayaan

IKLAN

“Terima Kasih Ya Allah,”- Abby Abadi & Norman Hakim Rasa Syukur Anak Berjaya Hafaz Al-Quran, Rai Kejayaan

Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor itu turut diraikan seramai 950 pelajar oleh  Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor pagi tadi.

Semoga Danish dan rakan-rakannya terus berjaya dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapa serta menjadi contoh yang baik kepada orang lain untuk menuju ke jalan yang lebih baik.

Foto: Instagram Abby Abadi/Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI