“Terima Kasih Untuk Satu Nyanyian Penuh Dengan Rasa,” – Aina Abdul Bawa Lagu Arwah Sarah, Shuib Beri Komen

Share

Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.

Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.

Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat menitipkan pelbagai reaksi.

Menariknya, suami arwah Sarah, Shuib turut sama meninggalkan komen terhadap persembahan berkenaan.

“Terima kasih untuk sagu nyanyian yang penuh dengan rasa,” tulis Shuib.

Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN